Info Kangen Water

Kajian WHO menyatakan bahawa individu yang menghidapi asidosis berisiko tinggi mengalami pereputan tulang pada usia yang muda. Pakar-pakar perubatan juga percaya kebanyakan kes individu yang mengalami asidosis mengalami tindakan metabolisma yang lambat kerana mempunyai gaya hidup yang tidak sihat terutamanya dalam pemakanan.

Bahagian badan yang paling berasid ialah perut. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan. Lebihan asid yang banyak tidak dapat dirembes oleh ginjal dan bertangkung di dalam salur pencernaan (Salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal di dalam salur pencernaan. Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang dan menyebabkan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.

Satu kajian telah menemukan cara yang terbaik untuk membuang lebihan asid dalam badan dengan mudah dan melancarkan perjalanan metabolisma badan. Penyelesaiannya adalah mengamalkan pemakanan produk yang beralkali.

Jika anda ingin mengetahui mengenai kebaikan air Kangen, sila hubungi saya, Ilani Razali ❤

Kangen Water Palsu??

Jawapan kepada kenyataan palsu terhadap kangen water:

Hati-hati jika google tentang air kangen sebab pesaing semua beli keyword kangen dan tulis yang negatif tentang kangen untuk menjual barang mereka.

Kangen tidak membandingkan dengan sesiapa kerana memang dah terbaik sejak 40 tahun yang lalu. Contohnya orang yang jual ferrari tak perlu nak bagitahu mengapa mereka lebih baik daripada kanc….

1. Air beralkali semulajadi seperti air zam zam memang berkhasiat kerana kandungan mineral bumi yang memberi sifat alkali membekalkan nutrisi kepada badan. Tetapi air beralkali buatan seperti Kangen dihasilkan secara elektrolisis dan sememangnya tidak mempunyai kandungan mineral bumi seperi air beralkali semulajadi.
Jawapan: Mengikut sejarah penghasilan air kangen, para saintis telah mengambil contoh air-air yang dipanggil miracle water. Di dunia hanya ada 7 tempat air alkali semulajadi contohnya di hunsa valley mereka boleh hidup 120-140 tahun. Ada 12 ciri persamaan air ini iaitu hidrogen aktif atau air alkali.
Saintis telah menemui cara membuat air itu dengan menghasilkan mesin kangen water jenama enagic. Bukan sekadar ada mineral, tetapi air ini ada anti-oksidant dan mikro cluster atau dipanggil alkalized ionised water tidak sama dengan mineral water beralkali sahaja.

2. Mesin Kangen menggunakan bleacher sodium hypochlorite yang beracun untuk mempercepatkan proses elektrolisis.
Jawapan: Enhancer menggunakan Natrium Chloride iaitu garam atau salt table. Boleh juga bancuh garam untuk hasilkan enhancer tanpa toxin.

3. Marketing tagline air Kangen ada persamaan dengan ECPi seperti molekul air yang halus. Namun air tetap air dengan diameter 0.0001 micron.
Jawapan: H2O memang sama saiz tapi kluster ialah gugusan air. Air yang panas klusternya lebih kecil daripada air yang sejuk. Sebab tu kita hanya buat teh dengan air panas, jika sejuk tak kembang. Tetapi air kangen gugusan kecil sama dengan air zam-zam. Jika buat air teh hijau dengan air kangen dapat hasilkan teh tanpa dipanaskan. Mikro kluster bagus untuk penyerapan dan detox.

4. Mengenai kebaikan Kangen water yang tersebar ianya hanyalah tesimoni, bukannya clinical evidence.
Jawapan: Memang ada banyak klinikal evidence sejak 1980-an dan diiktiraf 6500 doktor.
Rujuk: www.slideshare.net/…/scientific-research-studies-on-ionized…

5.Harga RM 12,000 adalah satu motivasi untuk pembeli mencari downliner supaya “invesment” mendapat pulangan. Secara tak langsung ianya meluaskan lagi rangkaian pasaran Kangen, dan itulah hakikat MLM.
Jawapan: CEO Enagic memilih cara ini agar memberi peluang kepada semua orang untuk jana pendapatan. Jika melalui wholeseller dan distributor biasa, billboard dan television yang kosnya berjuta, harganya akan jadi lebih mahal. Melalui MLM harganya lebih murah.
Lagipun mesin ini berbaloi sebab dibuat daripada platinum (emas putih) dan tahan 25 tahun berbanding penapis alkali murah lain yang tahan 3-4 tahun sahaja, ada yang tahan selama 3 bulan sahaja. Mesin lain yang murah, kosnya cuma RM800 dijual pada harga RM4000 (5x ganda), sedangkan mesin kangen kosnya RM4000, dijual RM12,000 (3x ganda sahaja)
Untuk mengembangkan bisnes perlulah bayar komisen pada orang yang memasarkan

 

Sumber: Kangen Water Malaysia fb page

 

HOT WEATHER SITUATION IN MALAYSIA

kemarau

Malaysia is now experiencing hot weather that is expected to occur at this time of the year. However, as temperatures are expected to be higher than usual, staff are advised on the following precautionary health measures.

HEAT RELATED ILLNESS

Prolonged or intense exposure to hot temperatures can cause heat-related illnesses, such as heat exhaustion, heat cramps, and heat stroke. People could suffer heat-related illnesses when the body’s temperature control system is overloaded. The body normally cools itself by sweating. However, under some conditions, sweating may not adequately cool off the body. In such cases, a person’s body temperature rises drastically. Very high body temperatures may cause damage the brain or other vital organs.
Anyone can suffer from heat-related illness, with the following being most at risk:

  • Infants and children up to four years of age,
  • Those 65 years of age and above,
  • Those who are overweight, and
  • Those who are ill or on certain medications

SYMPTOMS OF HEAT RELATED ILLNESS

  • Heat exhaustion – Heat exhaustion occurs when there is a reduction of the blood volume, caused by excessive sweating in a hot environment. Warning signs may include paleness and sweating, rapid heart rate, muscle cramps (usually in the abdomen, arms or legs), headache, nausea and vomiting, dizziness or fainting. This is a serious condition that can develop into heat stroke.
  • Heat stroke – Heat stroke occurs when the body temperature rises above 40.5C and the body internal systems start to shut down. The person may stagger, appear confused, have a fit or collapse and become unconscious. This is a medical emergency and requires urgent attention.
  • Sunburn – The skin becomes red, painful and abnormally warm after sun exposure. To treat the sunburn, avoid repeated sun exposure, apply moisturising lotion to affected areas and do not break the blisters.
  • Heat rash – Excessive sweating can cause skin irritation. It can occur at any age, but is most common in young children. It looks like a red cluster of pimples or small blisters. It is most likely to occur on the neck and upper chest, in the groin, under the breasts and in the elbow creases.
  • Heat cramps – These include muscle pains or spasms, usually in the abdomen, arms or legs. They may occur after strenuous activity in a hot environment, when there is a depletion of salt and water in the body.
  • Dizziness and fainting – Heat-related dizziness and fainting can be triggered from reduced blood flow to the brain. One may experience light-headedness before fainting occurs.

PRECAUTIONARY MEASURES

The following precautions should be taken to reduce the risk of health effects due to hot weather:

  • Drink more fluids (non-alcoholic), regardless of your activity level. Don’t wait until you’re thirsty. Go for Kangen Water =p
  • Don’t drink liquids that contain alcohol or large amounts of sugar – these actually cause you to lose more body fluid.
  • Take frequent cold showers or bath, stay indoors or move to an air-conditioned place.
  • Where applicable, wear lightweight, light-coloured, loose-fitting clothing.
  • NEVER leave anyone unattended inside a closed and parked vehicle.
  • Preferably limit your outdoor activity to morning and evening hours. For those who perform outdoor activity, ensure adequate hydration and appropriate rest breaks.
  • Cut down on outdoor exercise. If you must exercise, drink two to four glasses of cool, non-alcoholic fluids each hour. Isotonic drinks can help to replace the salt and minerals that you sweat out.
  • Protect yourself from the sun by wearing a wide-brimmed hat, sunglasses and by putting on sunscreen.

 

 

Resource: Group HSE

 

Air Alkali

Apakah air alkali? Adakah seperti air bateri? krik krik krik…

 

Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

 

Terlebih asid dalam perut kita menyebabkan banyaknya penyakit yang berbahaya muncul pada zaman kita ni..Sebab? Makanan segera, minuman segera, pencemaran, air yang melalui paip yang berkarat dan seterusnya.

 

Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:

1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan

Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.

Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.

Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.

Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.

2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan

Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.

Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.

Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.

Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.

4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali

Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.

5. Penawar kepada masalah kesihatan

Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.

Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul

Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.

Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.

Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

7. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.

Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.

8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan

Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.

Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.

Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.

 

Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

 

p/s: kelebihan air alkali dipetik dari: anugerahquran.com

 

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt & Salam Perkenalan

 

Segala puji ke hadrat Ilahi kerana telah diberikan masa & peluang untuk berkongsi mengenai air sihat beralkali & berion, Air Kangen (KW) melalui blog yang simple ini.

 

Moga memberikan manfaat kepada semua orang.

 

Semoga Allah memberikan jalan keluar kepada setiap permasalahan & urusan kita semua

 

Wif Luv,

Ilani Razali <@